OBESITI mengundang pelbagai penyakit merbahaya. GAMBAR hiasan.

PENJAGAAN makanan seimbang yang diiringi amalan gaya hidup sihat, dua kunci utama sering ditekankan sekiranya kita mempunyai hasrat untuk memiliki kesihatan optimum serta tubuh badan yang langsing.

Sikap yang culas untuk menitikberatkan amalan penjagaan kehidupan berkualiti ketika usia muda mewujudkan risiko kesihatan pada masa depan, terutama tekanan darah tinggi, obesiti, masalah kolesterol serta jantung.

Tidak keterlaluan sekiranya masalah obesiti dikategorikan satu daripada punca secara langsung dan tidak langsung yang mendorong kehadiran penyakit lain.

Ini terbukti apabila Kajian Mortaliti dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mencatatkan 43 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas menghidap masalah tekanan darah tinggi dengan wanita Melayu dikategorikan kumpulan tangga teratas berdepan isu kesihatan berkenaan.

Justeru, kesedaran dan inisiatif menjaga kesihatan tubuh pada awal usia sangat penting bagi mengelak risiko penyakit yang berpunca daripada pemakanan.

Bagi membantu masyarakat yang menginginkan tubuh dan bentuk badan sihat, Total Image tampil dengan rumusan khas rangkaian produk pelangsingan badan yang semula jadi dan berprestasi tinggi.

Rangkaian ini didatangkan dengan empat produk bersama manfaat tersendiri, Puri Cleanx, S Body, S Tummy dan Beauty Dutox Tea.

Total Image Puri Cleanx yang dirumus menggunakan bahan semula jadi seperti ekstrak Garcinia cambogia mampu menyingkirkan toksin badan, mempertingkatkan metabolisme sekali gus memaksimumkan kesan pelangsingan badan.

Total Image S Body pula bantu mengurangkan berat badan sambil memberi nutrisi diperlukan tubuh.

Mengandungi lima jenis bahan semula jadi berfungsi beri kelegaan perut berangin, pertingkatkan pergerakan usus, halang pembentukan sel lemak dan cegah pengumpulan lemak, manakala Total Image S Tummy bantu mengurangkan saiz pinggang dan perut buncit.

Total Image Beauty Dutox Tea pula menggunakan formula herba semula jadi lima dalam satu dipek secara paket individu bagi memudahkan pengguna menikmati minuman teh menyegarkan selepas menjamu selera untuk membersihkan badan.

Memiliki jaminan keselamatan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, produk pengurangan berat badan Total Image ini disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga ada di semua farmasi utama seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi hotline Total Image (03-62721111) atau e-mel kepada info@totalimage.com.my.

* Ini adalah persediaan tradisional. Produk ini hendaklah diambil bersama diet seimbang dan senaman berterusan. Ini iklan produk tradisional.

KKLIU 0384/2019

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 4:30 AM