HARGAI kehijauan semula jadi di ibu kota.
Oleh Aniza Zainudin
anizazainudin@hmetro.com.my


Memasuki kawasan hijau Taman Warisan Kuala Lumpur yang merangkumi Taman Botani Perdana, pastinya menyalurkan aura tenang semula jadi untuk dinikmati pengunjung sama ada berjalan kaki, menunggang motosikal atau memandu kereta.

Meskipun lebih lapan tahun ‘sumber oksigen’ Kuala Lumpur ini diberi nafas baharu dengan penjenamaan semula, masih ramai menyebutnya dengan panggilan Taman Tasik Perdana.

Terkenal dengan keindahan landskap semula jadi yang cukup mengagumkan, tasik bekas lombong bijih timah ketika era penjajahan British ini mempunyai keluasan kira-kira 68 hektar.

Ia dimanfaatkan sepenuhnya bagi meraikan kunjungan pelancong termasuk dari luar negara yang berhasrat menikmati suasana tropika.

Dibuka setiap hari jam 7 pagi hingga 8 malam, taman awam yang dibina sejak 131 tahun lalu ini tidak pernah lengang menerima kunjung pelawat terutama mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan menghayati kehijauan alam.


SEDIA pelbagai kemudahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 10:25 AM