Nurul Husna Mahmud
nurul_husna@hmetro.com.my


SEMPENA bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, rakyat tempatan boleh meraikan semangat patriotik mereka menerusi jelajah beberapa lokasi berikut seperti Telaga Tujuh di Langkawi, Bukit Keteri, Perlis atau meneroka trek mencabar di Hutan Royal Belum di Gerik, Perak.

Persamaan mengenai destinasi ini ialah ia antara lokasi sesuai bagi pencinta alam serta sukakan aktiviti pengembaraan lasak.

Dalam menjamin keselesaan mengunjungi ke semua lokasi ini aspek penting iaitu persiapan rapi perlu diberi keutamaan. 3M berkongsi 5 tip penting:

1. Membawa kit pertolongan cemas

Kelengkapan penting seperti kasut kembara, air dan makanan, kit pertolongan cemas antara wajib dibawa.

2. Sediakan pelindung kalis air bagi menangani cuaca tidak menentu

Cuaca di Malaysia juga agak tidak menentu, jika hujan mula turun ketika anda sedang menyusuri denai, pastikan membawa baju hujan untuk dipakai ketika perlu.

3. Penjagaan kulit untuk aktiviti terdedah kepada cahaya matahari lama

Dalam sesuatu aktiviti memerlukan tempoh lama dan terdedah pada cahaya matahari, pemakaian penjagaan kulit dan pakaian sesuai sangat penting.

4. Pemakaian alat atau pakaian keselamatan

Bagi sesetengah aktiviti berimpak tinggi, peralatan keselamatan seperti abah-abah, topi keledar dan sarung tangan penting. Biasanya kesan daripada aktiviti berkenaan mengakibatkan ketegangan pada otot dan sendi tubuh badan, terutama di bahagian lutut.

5. Rekod atau catat perjalanan bagi memastikan pengembaraan lancar

Merakam foto saja tidak mencukupi sebaliknya rekodkan setiap pengalaman dan senaraikan semua barangan anda bagi memastikan tiada yang tertinggal. Maklumlah sesetengah kawasan terlalu terpencil dan sukar akses keluar masuk.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 9:16 AM