COMEL karakter popular SpongeBob SquarePants mengenakan baju raya. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Nurul Husna Mahmud
nurul_husna@hmetro.com.my


ISTIMEWA sempena dengan kemeriahan sambutan Aidilfitri dan serentak dengan kedatangan cuti sekolah, Sunway Lagoon, Bandar Sunway Petaling Jaya, Selangor bakal meraikan pengunjung mereka dengan kempen Nickelodeon Raya.

Bermula pada 25 Mei sehingga 9 Jun ini, kempen istimewa itu memberi peluang pengunjung taman tema air terkenal itu meraikan percutian mereka bersama karakter popular Nickelodeon dengan pelbagai aktiviti serta permainan yang menarik.


PERARAKAN sempena raya dan kedatangan cuti sekolah. FOTO Nurul Shafina Jemenon

Ini termasuk karakter kesayangan si cilik iaitu Dora and Boots yang menguji pengetahuan dengan permainan pendidikan dan teka-teki.

Selain itu peminat permainan gelembung udara atau buih sabun boleh bereksperimen dengan geng SpongeBob SquarePants berkenaan cabaran siapa yang berjaya menghasilkan gelembung udara paling besar.

Tidak ketinggalan kepada peminat kartun adiwira Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), cabaran Shuriken Kids Challenge bakal menguji ketepatan balingan mereka.


MENARIK aktiviti disediakan untuk pengunjung sempena kempen Nickelodeon Raya. FOTO Nurul Shafina Jemenon

Menambah kemeriahan suasana raya dalam taman tema berkenaan, Sunway Lagoon turut memberi 150 pas untuk menyertai perarakan istimewa dijangka berlangsung sepanjang lima hari bermula dari 5 hingga 9 Jun ini.

Hanya 30 kanak-kanak bertuah akan terpilih setiap hari dan tentunya ia meninggalkan kenangan menarik apabila memberi peluang mereka menyertai perarakan unik yang julung kali dianjurkan Sunway Lagoon.


CABARAN menghasilkan gelembung udara paling besar. FOTO Nurul Shafina Jemenon

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 8:43 AM