PELAKON Saharul Ridzwan
Cik Pang

FUH! Sungguh elok bentuk badan pelakon Saharul Ridzwan yang semakin sado sekarang. Meskipun sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, Saharul tetap menjaga penampilan diri.

Selalunya kalau artis yang sudah berkahwin malas nak jaga badan sebaliknya Cik Pang kagum dengan semangat Saharul yang ingin kelihatan segak di hadapan kamera.

Terpesona betul Cik Pang ketika lihat gambar-gambar berbadan sado yang dimuat naik Saharul ke Instagram. Ingatkan Cik Pang seorang saja yang terpesona, rupa-rupanya ramai pengikut yang meninggalkan komen lucu dan kagum dengan usaha mendapatkan bentuk badan dilakukan Saharul itu.

Mujurlah Saharul sudah berkahwin, jadi tak bolehlah bunga-bunga menggodanya. Apa agaknya rutin yang dilakukan aktor itu hingga berjaya mendapatkan bentuk tubuh yang sado itu.

Satu lagi yang Cik Pang kagum dengan Saharul ini, meskipun dia menayang badan sadonya itu, dia masih menjaga aurat dan tidak sesuka hati memuat naik gambar yang menjolok mata.

Mungkin dengan status dirinya yang sudah berkahwin, Saharul enggan mengundang kecaman atau perkara yang tidak elok buat dirinya. Apapun, Cik Pang suka dengan bentuk badan Saharul sekarang. Jika ada perancangan untuk tambah isteri, Cik Pang nak, bole? Eh! gurau je.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 5:00 AM