RAZRUL bersama Intan. FOTO: Instagram Intan Najuwa
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


TUNANG kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai Intan yang bertindak memadam beberapa foto mereka di Instagram.

Razrul ketika dihubungi berkata, di Instagram milik pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu masih ada foto dia bersama Intan.

"Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami," katanya ringkas kepada Harian Metro.

INTAN Najuwa dikatakan memadamkan beberapa foto.

Razrul enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai foto Intan bersama pelakon Zul Ariffin yang mengundang kontroversi baru-baru ini.

"Berkenaan gambar itu saya tak mahu komen. Nanti keadaan jadi lebih buruk. Harap faham, terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, tular foto mesra Intan dan Zul Ariffin. Dalam foto itu, Intan didukung Zul dalam keadaan mengghairahkan.

Sehingga artikel ini ditulis, Intan mahupun Zul masing-masing mengunci mulut dan gagal dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 8:19 PM