VIDEO muzik IMSO cukup menarik dan bertaraf antarabangsa.
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


KARYA baharu berjudul IMSO diterbitkan label ­Rocketfuel Entertainment dapat mengisi ruang permintaan lagu bergenre hip hop.

Disampaikan oleh Lil J, Alan D dan MK dari K-Clique, IMSO mengisahkan lelaki yang bekerja keras untuk mencuri hati pasangannya walaupun pasa­ngannya itu pernah curang.

Lil J yang juga komposer lagu ini berjaya menampilkan karya Hip Hop yang segar dan cepat menangkap perhatian pendengar.

Apa yang boleh dikatakan mengenai IMSO adalah ia dekat dengan kehendak pendengar masa kini kerana judulnya menggunakan akronim itu sendiri pun sudah menunjukkan ciri-ciri itu.

Pujian wajar diberi kerana video muzik IMSO cukup menarik dan bertaraf antarabangsa.

Tanpa memerlukan drama yang banyak, video muzik ini berjaya menyampaikan mesejnya secara jelas kepada penonton.

Sejak dilancarkan pada 11 Oktober lalu, video muzik IMSO sudah meraih lebih 1.2 juta tontonan di YouTube.


Lagu: IMSO

Penyanyi: Lil J, Alan D & MK (K-Clique)

Komposer: Lil J

Lirik: Lil J, Alan D dan MK K-Clique

Terbitan dan edaran: Rocketfuel Entertainment

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 5:10 AM