SARAH kecewa dengan tindakan sebuah portal meletakkan tajuk tidak sesuai mengenai suaminya, Shuib dan Jihan. FOTO Arkib NSTP dan Instagram Siti Sarah
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


“APA niat tulis tajuk macam itu. Anda memang suka ke kalau orang bercerai-berai,” kata penyanyi Siti Sarah yang terkilan dengan penulisan sebuah portal dilihat tidak sensitif terhadap tajuk utama diberikan.

Sarah berkata, setiap penulisan seharusnya ada sifat belas kasihan serta perlu membezakan antara jenaka dan serius.

“Jangan kerana sesuap nasi anda sanggup bagi tajuk yang menganiaya orang lain.

“Kawan wartawan lain pun banyak mengambil kapsyen setiap artis untuk dijadikan bahan berita, namun mereka faham dengan tajuk berita yang mengundang,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu suami Sarah, Shuib meninggalkan komen menghiburkan di sekeping foto dimuat naik pengacara Jihan Muse yang menyatakan sekiranya wanita itu cantik ketika minggu pertama Raja Lawak 3, dia sudah mengurat tapi malangnya waktu itu pengacara berkenaan membutakan matanya.

Disebabkan kenyataan itu rata-rata warganet berasa terhibur melihat gelagat Jihan bersama Shuib.

Bagaimanapun, kenyataan itu disensasikan oleh sebuah portal menyebabkan Sarah berasa terkilan dengan tajuk berita yang membawa erti salah.

Menurut Sarah, tidak semua orang membaca artikel penuh dan seharusnya portal berita itu sedar serta jangan membuatkan keluarga orang menjadi kucar-kacir.

“Masing-masing sudah bernikah dan punya anak. Janganlah sebab penulisan anda keluarga orang kucar-kacir.

“Suka ke tengok anak kecil tiada mak dan bapa. Sila faham tak semua orang baca artikel dalam. Sedikit sebanyak orang akan percaya pada tajuk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 4:25 PM