SYAFIQ nadi berpisah dengan Mimi. FOTO/NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Oleh Rudy Imran Bin Shamsudin
imran@hmetro.com.my


PELAKON Popular Syafiq Kyle menafikan dakwaan dia dan kekasihnya yang juga pelakon Mimi Lana sudah berpisah.

Syafiq ketika ditemui berkata, itu hanyalah gosip yang cuba memburuk-burukkan hubungan mereka, sedangkan mereka baik-baik saja.

“Lana juga banyak menyokong kerjaya saya. Selain itu, keluarga saya juga melakukan perkara sama termasuk keluarga Lana.

“Memandangkan kami berada dalam bidang yang sama jadi ia mudah. Kami selalu berbincang apa yang harus dilakukan untuk memperbaiki lakonan. Kami banyak berkongsi idea dalam menangani kerjaya agar terus berkembang baik dari masa ke semasa,” katanya.

Menurut Syafiq, dia juga tidak ada masalah untuk bekerja dengan Lana.

“Kami akan muncul dalam filem terbaru berjudul Pusaka yang akan ditayangkan pada 31 Oktober ini. Ini adalah gandingan kedua kami sebelum pernah berlakon bersamanya dalam drama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 2:45 PM