ZAAIM Mentor. FOTO Rosela Ismail
Cik Pang

KETIKA masalah jerebu melanda negara kini, Cik Pang dapati ramai pihak prihatin terutama memberi peringatan supaya semua orang peka menjaga kesihatan.

Malah, di sebalik jerebu ini Cik Pang pun turut kabur pandangan mencari-cari kisah perkembangan karier nyanyian juara Mentor 7, Zaaim.

Bukan apa, baru-baru ini Cik Pang ada ternampak pengurus Siti Nordiana yang juga Mentor kepada Zaaim membawa seorang penyanyi baharu wanita untuk sesi fotografi.

Cik Pang juga dengar, penyanyi wanita itu adalah artis pertama naungan syarikat Siti Nordiana.

Jadi, tidakkah Nana berminat menguruskan kerjaya nyanyian Zaaim juga?

Apapun, nak cakap lebih Cik Pang kurang pasti berkaitan kontrak Zaaim. Namun, Cik Pang mendoakan semoga bakat nyanyian Zaaim akan bersinar.

Bukan apa, sudah berhempas pulas bersaing dalam pertandingan hingga muncul juara, namun Cik Pang tengok bakat Zaaim seakan-akan sepi.

Mungkin juga pihak pengurusan karier Zaaim kini ada perancangan terbaik. Diharap semoga Zaaim muncul dengan lagu solo pertama secepat mungkin.

Selain itu, Cik Pang juga teruja nak menonton persaingan musim baru program Mentor Milenia 2019. Siapalah agaknya mentor seperti Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah, Stacy Anam dan Ernie Zakri akan muncul juara.

Cik Pang yakin persaingan pastinya sengit kerana mentor yang dipilih bersaing pun bukan calang-calang. Cik Pang ucap selamat maju jaya kepada peserta terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 8:02 AM