GAYATRI (berdiri lima dari kanan) bersama pelakon filem Sangkar. FOTO Rohanis Shukri
Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


SELEPAS enam hari ditayangkan, jumlah kutipan filem Sangkar semakin meningkat apabila hampir mencecah RM6 juta.

Lebih 350,000 penonton ke pawagam menyaksikan filem lakonan hebat Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah itu sejak ia ditayangkan pada 29 Ogos lalu.

Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai berkata, pihaknya terharu dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh penonton terhadap filem berkenaan.

“Tidak saya nafikan elemen aksi dan drama dipaparkan antara sebab mengapa ramai yang suka dengan filem ini.

“Terima kasih kepada yang menonton dan teruskanlah menyokong serta beramai-ramai ke pawagam menonton filem ini,” katanya.

Gayatri berkata, dia berharap kutipan filem itu akan terus meningkat dan mencatat jumlah kutipan tertinggi.

Selain Malaysia, filem Sangkar juga ditayangkan di Singapura dan Brunei.

Mengetengahkan kisah sukan seni bela diri campuran (MMA), Sangkar diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 8:27 PM