WANY Hasrita.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PENYANYI popular, Wany Hasrita kekok apabila ada yang memanggilnya dengan gelaran hajjah muda selepas pulang mengerjakan haji, Jumaat lalu.

Wany, 27, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia sebolehnya mahu dipanggil dengan Wany saja.

“Sebenarnya saya segan orang panggil hajjah, tapi takkan saya nak larang kan. Terpulang pada masing-masing asal bukan dengan panggilan yang tak elok.

“Cuma, kalau boleh panggil saja Wany. Saya okey saja. Malah ia lebih santai dan selesa untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.

Wany yang selamat tiba di tanah air pada Jumaat lalu selepas mengerjakan ibadah haji baru-baru berkongsi tidak bercuti lama.

“Dua hari selepas pulang dari Makkah saya terus bekerja. Memang tak ada cuti pun sebenarnya. Alhamdulillah, bagi saya ini adalah rezeki.

“Dalam masa sama, saya dapat juga berkongsi pengalaman mengerjakan haji. Kalau orang tanya, saya akan cerita. Sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 3:04 PM