ISSEY memaklumkan ibunya dikejarkan ke hospital kira-kira jam 9.30 pagi selepas mengalami serangan jantung. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


IBU kepada penyampai radio dan pelawak, Issey iaitu Asiah Haron, 62, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan jam 3.40 petang tadi.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, berkongsi berita duka itu menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Ibu saya baru meninggal dunia jam 3.40 petang. Al-Fatihah Asiah Haron,” tulisnya.

Usaha Harian Metro menghubungi Isey bagi mendapatkan butiran lebih lanjut tidak berjaya apabila penyampai radio Suria FM itu tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.

Difahamkan pagi tadi ibu Isey dikejarkan ke hospital kira-kira jam 9.30 pagi selepas mengalami serangan jantung.

Terdahulu Issey memberitahu ibunya mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumah pada 6 Julai lalu sehingga menyebabkan patah tulang paha.

Sebelum ini arwah turut menghidap penyakit kencing manis dan perlu mendapatkan penjagaan rapi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 5:38 PM