SCHA dan Awal Ashaari bersama anak mereka, Lara Alana. FOTO Nadim Bokhari
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my


PASANGAN selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini bersedia untuk menimang cahaya mata kedua tambahan pula anak pertama mereka, Lara Alana sudah genap berusia lima tahun, hari ini.

Scha berkata, dia dan suami mahu menambah zuriat serta berharap rezeki itu dipercepatkan.

"Setakat ini kami masih mencuba dan berharap peminat mendoakannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, mereka meraikan sambutan hari lahir Lara di rumah bersama rakan sekolah dan keluarga terdekat, hari ini.

"Lara akan memasuki darjah satu di sekolah antarabangsa tahun depan. Sebelum ini Lara hanya mengikuti tadika dan akan memasuki fasa yang lebih serius," katanya.

Scha berkata, Lara sudah dua tahun tidak menjadi duta kepada mana-mana produk dan sebelum ini membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 8:26 PM