SARIMAH selamat melahirkan anak pertama. FOTO/IG SARIMAH IBRAHIM
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PENGACARA dan penyanyi popular Che Puan Sarimah Ibrahim selamat melahirkan puteri sulung yang diberi nama Tunku Sofia Najihah Tunku Nadzimuddin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, jam 10 pagi hari ini.

Sarimah, 40, menyifatkan kelahiran anak sulungnya itu sebagai hadiah dan rahmat yang tidak ternilai daripada Allah SWT.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Saya perkenalkan kepada anda semua, puteri kami.

“Kami memilih nama Najihah sebagai nama tengah sempena nama nenda suami iaitu Tuanku Najihah. Saya rasa dia kelihatan seperti suami. Dia baru saja berusia 12 jam dan mata sudah boleh buka mata untuk melihat dunia.

“Ini adalah hadiah yang sangat berharga daripada Allah buat kami dan kami sangat bersyukur. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat semua,” tulisnya di Instagram.

Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie yang juga cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 10:10 PM