PU Abu membuat penjelasan mengenai keadaan rumah tangganya menerusi video yang tular sejak malam tadi.
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


PENDAKWAH bebas dan bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) , Muhammad Abu Sufyan Mohkhtar Rozaidi, 25, menjelaskan hubungannya dengan Nurhannah Azra Mohd Zakir dalam keadaan baik dan mengakui masih tinggal sebumbung dengan isterinya itu.

Muhammad Abu Sufyan atau lebih dikenali dengan gelaran PU Abu menjelaskan perkara itu menerusi video berdurasi satu minit 22 saat yang tular di laman sosial, malam tadi.

Menerusi rakaman berkenaan, beliau berkata, apa yang berlaku antara mereka berdua sekadar konflik kecil dalam rumah tangga.

“Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa baik baik saja. Kami okay masih suami isteri, masih tinggal sebumbung.

“Jadi,spekulasi yang berlaku baru-baru ini konflik kecil. Biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakah pula ‘kusyen dan sofa’.

“Saya harap netizen doa yang baik-baik supaya kami dapat hidup dalam keadaan baik dan harmoni,” katanya.

Dalam pada itu, PU Abu turut meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian dan mengulas mengenai perkara yang di luar pengetahuan mereka.

“Lebih baik diam, jangan ulas atau komen apa-apa sebab kalau kita komen atau kalau kita cakap pasal benda tu, tak betul boleh jadi fitnah.

“Kalau betul sekalipun ia akan jadi mengumpat,lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik fasal orang lebih baik kita diam ataupun cakap yang baik-baik doa yang baik-baik untuk orang tu.

“Sebab apa, kalau kita dengan tuhan kita boleh minta ampun ‘direct’ (terus) dengan dia; kalau dengan manusia kita kenacari dia kat Padang Mahsyar untuk minta maaf dengan dia,” katanya.

Video itu dipercayai dimuat naik PU Abu malam tadi di laman sosialnya namun sudah dipadam berdasarkan semakan Harian Metro, hari ini.

Bagaimanapun, PU Abu ada memuat naik Insta Story di Instagram (IG) miliknya sejam yang lalu meminta semua pihak untuk tidak menganggap gelaran PU dan ikon pendidikan disandangnya sebagai tiket untuk bebas daripada melakukan kesilapan.

“Title (gelaran) PU bukan dari tuhan but (tetapi) dari Astro begitu juga dengan title ‘ikon pendidikan’ yang diberikan.

“Title tak memberikan ‘immune ‘ (imun) kepada seseorang untuk bebas dari buat salah. Tak adil kerana sepanjang saya bergerar PU tidak pernah saya mengkritik individu secara terbuka sebab saya tak tahu hujung pangkalhidup saya.

“Apa pun terima kasih atas nasihat dan kritikan yang telah diberikan. Moga Allah menjadikan saya lebih baik dari apa yang dikata. Terima kasih,” katanya.

Selasa lalu, timbul desas-desus mengatakan hubunganrumah tangga PU Abu dan Nurhannah Azraa yang dikatakan sudah berakhir.

Kontroversi itu timbul apabila mereka didakwa membawa haluan masing-masing dantidak lagi tinggal sebumbung.

Terdahulu, pasangan yang dilaporkan bernikah di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu turut mencetuskan kontroversi apabila berkahwin senyap-senyap sehingga PU Abu menceraikan isteri pertamanya, Ain ‘Afini Latif, 23.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 2:00 PM