ARWAH Hamka ketika dirawat di IJN. FOTO ihsan Jamal Abdillah
Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my


“HUBUNGAN saya dengan arwah Hamka sangat rapat walaupun dia tidak terbabit dalam bidang seni.

“Saya dan seluruh ahli keluarga masih bersedih dengan pemergiannya yang mengejutkan ini tetapi kami reda Allah lebih menyayanginya,” kata Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah mengenai adiknya, Ahmad Tihami atau Hamka, 48, yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur jam 7.20 malam tadi.

Menurut Jamal, arwah Hamka disahkan doktor menghidap sakit jantung sebelum Ramadan lalu.


JAMAL bersama adiknya Hamka. FOTO ihsan Jamal Abdillah

“Arwah dimasukkan ke IJN untuk menjalani pembedahan tetapi keadaannya kritikal sebelum meninggal dunia.

“Arwah adalah anak keenam daripada tujuh beradik. Dia hanya bekerja sendiri dan meninggalkan seorang balu bersama empat anak,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, jenazah arwah adiknya itu akan dikebumikan di Kulim, Kedah pagi ini.

“Arwah yang mahu dikebumikan di kampung isterinya di sana.

“Saya memohon semua peminat turut sama mendoakan semoga arwah adik ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 1:52 AM