AARON dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan. FOTO Instagram Diyana Halik
Ardini Sophia Sina
hellinie@hmetro.com.my


PELAKON Datuk Aaron Aziz serta isteri, Diyana Halik dan anak bongsu mereka iaitu Dahlia Arissa, 9, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara akibat keracunan makanan, semalam.

Menerusi Instagram (IG) Story milik Diyana Halik, dia bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan walaupun sakit.

"Alhamdulillah, thank you (terima kasih) Allah, walaupun sakit tapi dipermudahkan. Walaupun sakit, dapat treatment (rawatan), dapat ubat semua," tulisnya.

Sementara itu, menerusi IG Story milik Dahlia, sejam lalu, dia memuatnaik gambarnya berserta kapsyen menyatakan akan keluar hospital hari ini.

"Akan discaj hari ini," tulisnya ringkas.

Menerusi gambar yang dimuat naik dua hari lalu di IG milik Aaron, mereka sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan pembantu rumah mereka di Cirebon, Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 8:35 PM