SYED Saddiq membantu Raja Yunika dalam menyelesaikan kes kecurian.
Amirul Haswendy Ashari
haswendy@hmetro.com.my


RAMAI tertanya-tanya bagaimana pelakon Indonesia Raja Yunika Putri mendapat bantuan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas dia menjadi mangsa kecurian dipercayai dilakukan artis lelaki di Singapura pada 7 Jun lalu.

Portal berita haluankepri.com kelmarin melaporkan Syed Saddiq membantu Raja Yunika hingga kes itu mendapat perhatian Atase Nasional Polis Singapura, Joko Setiono.

Raja Yunika ketika dihubungi Harian Metro menjelaskan, dia sudah lama mengenali Syed Saddiq dan pasukannya kerana pernah terbabit dalam pelbagai kegiatan pembangunan anak-anak muda di negara Asean.

"Saya sudah lama mengenali beliau kerana organisasi kami sering bertukar pandangan mengenai pembangunan anak-anak muda di rantau ini.

"Saya berterima kasih kepada beliau kerana membantu memberikan pandangan mengenai insiden yang berlaku tempoh hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 8:41 AM