ABAM Bocey (kiri) bersama isteri Siti Norhidayah.
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


PELAWAK Abam Bocey memanjatkan rasa syukur apabila isterinya Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Selayang, di sini, hari ini.

Abam berkongsi berita gembira itu di laman sosial Instagram miliknya sebentar tadi.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan isteri dan cahaya mata sulungnya itu.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Allahuakbar!


ABAM kongsi kegembiraannya di laman Instagram beliau.

“Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak kami. Terima kasih juga kepada jururawat dan doktor hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah,” tulisnya.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2019 @ 12:05 AM