MIRA Filzah tidak selesa dengan panggilan itu sejak ia mula tular. FOTO: Mahzir Mat Isa
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


“Cukup-cukuplah dengan panggilan ‘baby sayang’ tu”.

Itu permintaan pelakon Mira Filzah, 26, yang mula tidak selesa dengan panggilan itu sejak ia mula tular.

Mira berkata, ke mana-mana dia pergi termasuk ke bazar Ramadan, ramai yang memanggilnya dengan panggilan itu.

“Bila dah terlalu kerap, saya rasa cukup-cukuplah dengan panggilan itu,” katanya.

Diminta mengulas mengenai lelaki yang menembak monyet dan menyalahguna panggilan ‘baby sayang’ itu, Mira berkata, ia satu tindakan kejam.

“Saya tengok video itu sekali dan tak sanggup nak tengok lagi sebab terlalu sedih. Rasa serba salah pun ada. Perkataan itu sepatutnya digunakan secara positif untuk orang yang kita sayang. Tapi, individu itu menyalahgunakannya dan saya tak tahu apa masalah dia,” katanya.

Mira sebelum ini menggunakan panggilan ‘baby sayang’ ketika membuat sesi langsung bersama peminat di Instagram dan tidak menyangka video itu akan tular.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 11:28 PM