SHARNAAZ Ahmad.
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


RUMAH tangga pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, dengan Noor Nabila Mohd Noor, 35, yang dikatakan berantakan kini dalam proses pemulihan selain fokus kepada kesihatan anak mereka berusia lapan bulan, Jebat Jayden yang mengalami masalah saluran kencing.

Sharnaaz ketika ditemui berkata, masalah kesihatan yang dialami Jebat itu mungkin aturan Allah untuk menjadikan mereka lebih dekat.

“Keutamaan sekarang ada satu saja iaitu Jebat. Bagilah 1,000 Nabila pun, saya cuma ada satu Jebat dan saya akan ada dengan anak saya sampai bila-bila. Nabila dan saya pun masing-masing tidak sempurna. Kita tak tahu lagi kesudahan itu bagaimana,” katanya.

Sharnaaz berkata, sebenarnya dia tidak menghebahkan penyakit yang dialami anaknya itu kerana lebih ramai anak kecil lain yang mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk.

“Apabila doktor memberitahu anak saya menghadapi jangkitan saluran kencing (UTI), kami tidak pasti sangat mengenai penyakit itu. Dalam masa terdekat Jebat akan menjalani pembedahan,” katanya.

Khabar angin mengenai dakwaan keretakan rumah tangga pelakon itu mula diperkatakan sejak Februari lalu.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 8:37 PM