GAMBAR yang dimuat naik Dini (kanan) tentu Janna akan meninggalkan komen.
Cik Pang

KEBANYAKAN selebriti tempatan lebih suka berdiam diri dan merahsiakan hubungan cinta mereka daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun, pada zaman teknologi ini, setiap gerak-geri yang dikongsi dalam media sosial pantas memberi maklumat dan kesahihan sesuatu cerita itu.

Buktinya, kisah persahabatan antara penyanyi Kaka Azraff dan pelakon Che Puan Juliana Evans yang dikatakan sudah berkecai apabila masing-masing dilihat memuat naik kenyataan ke media sosial dan seolah-olah menggambarkan hubungan baik yang sudah lama dibina tidak dapat diselamatkan lagi.

Terbaharu, Cik Pang menerima panggilan telefon daripada sahabat baik yang menghidu sesuatu membabitkan selebriti jelita, Janna Nick dan pelakon baharu, Dini Schatzmann.

Mulanya, Cik Pang sukar menghadam cerita yang disampaikan teman Cik Pang itu tetapi selepas mendengar dan meneliti kisah membabitkan dua pelakon ini, Cik Pang rasa ada kemungkinan mereka hangat bercinta.

Apa tidaknya, boleh dikatakan setiap gambar yang dimuat naik Dini tentu Janna meninggalkan komen berserta kapsyen yang ada kala memberi gambaran hubungan mereka semakin berbunga.

Malah ketika menghadiri Anugerah MeleTOP Era 2019 baru-baru ini, mereka dilihat datang dan duduk bersebelahan.

Jika benarlah cerita yang disampaikan ini, Cik Pang rasa nak sujud syukur kerana terlalu gembira dengan berita baik ini.

Bagaimanapun, Cik Pang harap keintiman yang mula terjalin antara dua selebriti ini bukan sengaja dibuat-buat untuk melariskan drama Bukan Cinta Aku yang bakal mereka bintangi pada Ramadan nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 5:30 AM