QI mendoakan yang terbaik untuk Nelydia. FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


PELAKON Qi Razali mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya iaitu Nelydia Senrose yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Qi berkata, dia bersyukur Nelydia dipertemukan dengan bakal suami yang baik serta boleh membimbingnya.

"Alhamdulillah, saya gembira dia jumpa dengan seseorang yang boleh membimbingnya dan dipertemukan dengan lelaki baik.

“Saya doakan semoga Nelydia berbahagia dan harap semua yang diimpikan akan dijumpai dalam perkahwinan nanti.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, Tahniah! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru penyanyi Aina Abdul berjudul Sumpah di The Majapahit, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia juga mendoakan supaya segala persiapan perkahwinan Nelydia bersama jejaka yang dikenalinya itu berjalan dengan lancar.

“Saya juga doakan semoga apa yang dirancang menjelang hari bahagianya nanti berjalan dengan baik,” katanya yang turut menitipkan salam buat keluarga Nelydia.

Terdahulu Nelydia berkongsi berita gembira apabila bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka dikenali sebagai Hafez tahun ini.

Sebelum ini, Nelydia dan Qi pernah bergelar pasangan kekasih sebelum hubungan mereka terlerai pada 2015.

Dalam pada itu, Qi pula sudah menemui pengganti dan sedang menjalin hubungan cinta dengan pengacara H!Live, Nia Atasha Rosli.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 5:48 PM