HENRY Golding dikhabarkan bakal membintangi filem James Bond. FOTO Surianie Mohd Hanif
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


AKTOR popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding dikhabarkan bakal membintangi filem James Bond.

Henry dilaporkan antara individu disebut menggantikan pelakon Daniel Craig, 50, yang akan tamat kontraknya memegang karakter perisik kasanova itu.

Bagaimanapun, menurut portal berita TMZ, bintang filem Crazy Rich Asians itu memilih untuk berdiam diri mengenai tawaran lakonan itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu,” katanya.

Terdahulu pelakon berdarah kacukan Inggeris-Iban itu mencipta kejayaan di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 9:58 PM