JANNA tetap promosi drama Leftenan Zana seperti biasa. FOTO - NSTP
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


PELAKON Janna Nick enggan mengulas mengenai status yang dimuat naik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly di Instagram, baru-baru ini dikatakan ditujukan kepadanya.

Menerusi gambar yang dimuat naik Sheila untuk mempromosikan drama bersiri terbitannya Leftenan Zana yang dibintangi Janna, Sheila meletakkan status 'tak semua jasa akan dikenang'.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata netizen mengaitkannya dengan Janna.

Janna ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu berfikir mengenai perkara itu, sebaliknya teruja untuk mempromosikan drama berkenaan seperti biasa.

“Cerita sindir-menyindir itu saya tak mahu ulas. Saya akan terus mempromosikan drama ini seperti biasa," katanya.


STATUS yang dimuat naik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly di Instagram, baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi gambar Sheila bersama suami yang juga pengarah Azman Yahya di Instagram lima hari lalu, dia membalas beberapa komen netizen yang masih mengaitkannya dengan Janna dan menegaskan status yang ditulis itu tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Saya tak perli sesiapa pun. Itulah masalah dengan netizen. Cakap apa yang kita tahu dik. Jangan cakap apa yang kita tak tahu. itu sudah kira fitnah kan? Takpe saya dah maafkan awak," tulisnya di ruangan komen.

Leftenan Zana dibintangi Janna selaku teruja utama di samping Tunku Hanis, Hairie Othman dan Sheila Rusly yang kini bersiaran di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 4:40 PM