SARAH Suhairi akui tiada masa untuk bercinta. FOTO Zunnur Al Shafiq
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.MY

PENYANYI Sarah Suhairi, 19, menganggap rakan-rakannya sekadar bergurau dan suka menyakat apabila dia dikatakan bercinta dengan Andi Bernadee.

Sarah berkata, dia masih muda dan tidak ada masa untuk berfikir mengenai cinta.

“Biasalah, kalau ambil gambar berdua dengan lelaki pasti ada yang anggap pasangan bercinta.

“Namun, komen daripada rakan-rakan kami itu sekadar gurauan. Mereka memang suka menyakat saya,” katanya kepada Harian Metro.

SARAH dan Andi hanya berkawan. FOTO Instagram.

Penyanyi yang popular dengan lagu Nyawa dan Raga itu menyerahkan kepada netizen untuk menilai.

“Saya masih muda lagi dan mahu fokus membina kerjaya. Selain itu, jadual saya juga agak padat dan tiada masa untuk berfikir atau menjalin hubungan cinta.

“Kalau netizen mahu buat andaian sendiri, saya tak boleh halang mereka. Itu perkara biasa,” katanya.

Sarah dan Andi dikatakan semakin akrab selepas menjalani penggambaran program travelog di Australia.

Di sana, mereka memuat naik beberapa foto bersama dan menerima pelbagai komen daripada netizen dan rakan artis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 5:23 PM