GAMBAR terbaru Emma Maembong yang dimuat naik di Instagram. FOTO Instagram Emma Maembong
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


“TAK kisahlah, pahala semua dapat kat saya,” jawab Emma Maembong berhubung gambar seorang wanita miripnya berpakaian seksi yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video di Instagram Story, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mempertahankan dirinya dengan mengatakan gambar terbabit disunting pihak tertentu.

“Tiba ada tular pula gambar edit saya. Kalau salah saya, kalau memang gambar saya, saya akan mengaku.

“Tetapi kalau dah bukan dan ketara orang edit sampai nampak tengkuk ‘cramp’,” katanya.

Pelakon berusia 27 tahun itu turut memperli pihak tidak bertanggungjawab supaya meneruskan kegiatan kurang berfaedah terbabit.

“Teruskanlah edit benda bukan-bukan,” katanya.

Gambar palsu itu tular selepas Emma mengumumkan keputusannya untuk tidak berhijab minggu lalu.

Susulan kontroversi Emma membuka hijab, timbul lagi isu baru apabila pelakon terbabit dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman dikatakan tidak saling mengikuti di Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 7:01 PM