DUL Jealani (tengah) menggantikan Ahmad Dhani bermain keyboard bersama anggota kumpulan Dewa 19. FOTO Shakilawati Abd Rahman
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


“AYAH pesan maksimumkan latihan dan ambil kesempatan yang ada ini,” kata anak ketiga Ahmad Dhani iaitu Dul Jealani, 19, yang bakal beraksi di Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia feat Ari Lasso dan Once Mekel esok.

Dia akan muncul mewakili Ahmad Dhani yang tidak dapat menyertai konsert reunion Dewa 19 itu yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Dul ketika ditemui berkata, dia berterima kasih kepada bapanya kerana memberi kepercayaan untuk terbabit dalam konsert terbabit.

“Saya berterima kasih kepada ayah kerana memberi kepercayaan untuk bermain pada konsert Dewa 19 esok.

“Bagaimanapun, saya tidak akan menyanyi tetapi bermain keyboard bagi menggantikan ayah,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Dhani yang juga ketua kumpulan Dewa 19 merangkap pemain keyboard dan penyanyi tidak dapat menyertai konsert reunion di Malaysia kerana dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Negeri Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Berita berkaitan'Dul ganti Dhani main keyboard'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 10:09 PM