Lakonan Mira dalam Pujaan Hati Kanda benar-benar beri impak. FOTO NSTP
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


PELAKON, Mira Filzah, 26, mengakui drama bersiri Pujaan Hati Kanda benar-benar memberi impak kepada namanya walaupun saat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Menurut Mira yang memegang peranan sebagai Tiara, ada beberapa peminat yang mendekatinya dan memanggilnya dengan nama karakter itu.

“Impak daripada drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan sangat kuat sehinggakan ketika saya sedang menunaikan umrah pun, ada peminat yang datang menegur.

“Ada satu ketika, sewaktu saya sedang mengaji, datang beberapa peminat dari Brunei Darussalam yang memanggil saya dengan nama Tiara,” katanya kepada Harian Metro.

Satu lagi pengalaman mencuit hati adalah ketika dia sedang berusaha untuk mengucup Hajarul Aswad.

“Pada ketika itu, ada peminat yang merakam video saya dan memuat naik di Twitter. Bila saya tengok balik video itu, memang mencuit hati,” katanya.

Mira mengerjakan ibadah umrah bersama kedua-dua ibu bapanya selama dua minggu dan kembali ke Malaysia, semalam.

Selain Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di TV3, Mira juga membintangi drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan, kedua-duanya bergandingan dengan pelakon, Remy Ishak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 January 2019 @ 8:49 PM