Betty bersama suami melihat anak mereka. FOTO IG Betty Rahmad
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


PELAKON Betty Rahmad selamat melahirkan bayi lelaki selepas 14 jam mengalami kontraksi, petang kelmarin.

Adik bintang Mak Cun, Erma Fatima dan Umie Aida itu berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya di Instagram.

“Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan hero kecil kami Ardy Wira pada 19 Januari 2019 jam 6.29 petang,” tulisnya.

Menurut Betty, anaknya seberat 3.26 kilogram dan bersalin tanpa bergantung dengan ubat tahan sakit Epidural.

“Saya kontraksi dari 4 pagi hingga 6 petang, dari pembukaan 3 sentimeter kepada 10 sentimeter tanpa Epidural. Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila haha!

“Terima kasih semua selalu mendoakan kami, syukur bayi dan ibu dalam keadaan baik,” katanya.

Betty turut memberitahu akan berkongsi gambar anaknya selepas tamat tempoh berpantang.

Betty dan suaminya, Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari lalu di Damansara Perdana.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 4:34 PM