Adira akui hidup bermadu banyak cabaran. FOTO NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI
Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my


“HIDUP bermadu memang banyak cabarannya. Tapi sudah adatlah kerana rumah tangga juga ada pasang dan surutnya.

“Alhamdulillah, rumah tangga saya bahagia bersama dua anak,” kata penyanyi Adira Suhaimi ketika mengulas mengenai rumah tangganya bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red, 40, ketika ini.

Menurut Adira, 27, dia juga lebih selesa jika suaminya tidak menonjol dalam bidang hiburan tanah air.

“Suami juga sibuk dengan bisnesnya, begitu juga saya.

“Cukuplah peminat melihat gambar yang saya kongsikan di laman Instagram itu,” katanya.

Ditanya persepsi netizen pada rumah tangganya pula, Adira berkata, dia tidak dapat menghalang mereka untuk berbuat demikian.

“Terus terang, selepas memuat naik gambar di laman Instagram, saya tidak akan baca komen netizen.

“Kalau komen netizen itu teruk sangat baru ada orang yang ‘screen shot’ dan hantar pada saya.

“Tapi saya tidak tutup ruangan komen dan biarkan begitu saja.

“Selagi saya tidak membalas komen mereka, persoalan itu akan senyap begitu saja,”katanya.

Bagaimanapunpun, kata Adira, dia lebih suka jika kisah rumah tangganya tidak diperkatakan orang lagi.

“Saya mahu fokus untuk buat ‘comeback’ dalam bidang seni pada tahun ini.

“Bila sudah ada anak, saya tidak mahu terpalit dengan kontroversi lagi kerana tempiasnya boleh kena pada mereka,” katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Datuk Red, Adira dikurniakan dua anak, Anggrek, 21 bulan dan Asan, 4 bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 5:48 PM