Nina dituduh suntik bibir oleh pengikutnya. FOTO NSTP
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


HANYA kerana bentuk bibir kelihatan tebal, pelakon Nina Iskandar dituduh melakukan suntikan oleh pengikutnya di media sosial.

Nina, 27, kemudian tampil membuat penjelasan di bawah komen pengikutnya dengan memberitahu bibirnya bengkak akibat kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

"Tidak pernah cucuk, tetapi saya kemalangan hari itu. Jadi ada jahitan di luar dan dalam," katanya.

Menurut pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu, jahitan dalam bibirnya memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

"Insyallah, nanti akan jadi seperti sedia kala. Doakan ya," katanya.

Pada November lalu, Nina terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas kereta dipandu dilanggar dua kenderaan lain di Lebuhraya Persekutuan.

Kejadian sekitar jam 3 pagi itu menyebabkan Nina cedera di bibir dan retak tulang belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 3:09 PM