Amirul Haswendy Ashari
haswendy@hmetro.com.my


TAHUN 2018 bakal melabuhkan tirai dan untuk filem tempatan, tahun ini boleh dianggap cemerlang daripada segi kutipan dan kualiti pembikinan.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 51 filem diterbitkan dengan kutipan kasar mencecah RM165.3 juta iaitu hampir tiga kali ganda berbanding 2017.

Daripada 51 filem, sebanyak 47 filem melalui Skim Wajib Tayang (SWT) berjaya mengutip RM118.4 juta, manakala baki empat filem yang tidak melalui SWT mencatat RM47 juta.

Penerbitan 27 filem Melayu yang melalui SWT berjaya mencatat kutipan RM108.7 juta, manakala tiga filem Melayu tidak melalui SWT mengutip RM41.7juta, menjadikan jumlah keseluruhan 30 filem Melayu dengan kutipan RM150.4 juta.

Penerbitan 12 filem tempatan berbahasa Cina melalui SWT mencatat kutipan RM7.3 juta dan hanya sebuah filem tidak melalui SWT mencatat RM5.3 juta menjadikan jumlah keseluruhan 13 filem dengan kutipan RM12.6 juta.

Semua filem tempatan berbahasa Tamil yang melalui SWT ialah sebanyak lapan filem dan mencatat kutipan RM2.4 juta sepanjang 2018.

Berikut adalah 10 filem tempatan berjaya mencipta rekod pecah panggung sepanjang 2018.

1) Filem: Munafik 2

Arahan: Syamsul Yusof

Terbitan: Skop Production

Tayangan: 30 Ogos 2018

Kos pembikinan: RM 2.8 juta

Kutipan kasar: RM 37.8 juta

2) Filem: Hantu Kak Limah

Arahan: Mamat Khalid

Terbitan: Astro Shaw dan Infinitus Productions

Tayangan: 9 Ogos 2018

Kos pembikinan: RM1.2 juta

Kutipan kasar: RM36.2 juta

3) Filem: Paskal **

Arahan: Adrian Teh

Terbitan: Asia Tropical Film, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures, Astro Shaw

Tayangan: 27 September 2018

Kos pembikinan: RM10 juta

Kutipan kasar: RM29 juta.

4) Filem: Polis Evo 2

Arahan : Joel Soh dan Andre Chiew

Terbitan: Astro Shaw, SCM, Blackflag

Tayangan: 22 November 2018

Kos pembikinan: RM7 juta

Kutipan kasar: RM14.7 juta

5) Filem: KL Special Force

Arahan: Syafiq Yusof

Terbitan: Skop Productions,

Damofa Productions, Viper Studios.

Tayangan: 8 Mac 2018

Kos pembikinan: RM4 juta

Kutipan kasar: RM12.2 juta

6) Filem: Dukun **

Arahan: Dain Said

Terbitan: Astro Shaw

Tayangan: 5 April 2018

Kos pembikinan: RM 2.8 juta

Kutipan kasar: RM10 juta.

7) Filem: Think Big Big **

Arahan: Chiu Keng Guan

Terbitan: Astro Shaw, GSC, Multimedia Entertainment dan MM2 Entertainment

Tayangan: 15 Februari 2018

Kutipan kasar: RM5.3 juta

8) Filem: Lee Chong Wei:

Rise Of The Legend

Arahan: Teng Bee

Terbitan: Teng Bee & CD Pictures Sdn Bhd

Tayangan: 8 Mac 2018

Kos pembikinan: RM6 juta

Kutipan kasar: RM4.7 juta

9) Filem: Konsert Hora Horey Didi & Friends **

Arahan: Sinan Ismail

Terbitan: Durian Digital Sdn Bhd

Tayangan: 10 Mac 2018

Kutipan kasar: RM2.7 juta

10) Filem: Pulang

Arahan: Kabir Bhatia

Terbitan: PrimeworksStudios

Tayangan: 26 Julai 2018

Kos pembikinan: RM 6 juta

Kutipan kasar: RM2.3 juta

(** tidak melalui SWT)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 10:57 AM