FOTO terbaru yang dimuat naik di akaun Instagram Zahirah MacWilson.
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


FOTO terbaru yang dimuat naik oleh pelakon, Zahirah MacWilson, 23, dalam akaun Instagramnya sekitar satu jam lalu menguatkan lagi desas-desus mengenai hubungan cintanya dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza.

Dalam muat naik terbaru itu, Zahirah menyertakan kapsyen yang menggambarkan perasaannya.

“You are my new favourite feeling,” tulisnya dan disertakan dengan tanda pagar #zahirAH.

Dalam 20 minit pertama, muat naik itu mendapat jumlah ‘like’ lebih 41,000 di samping ratusan komen gembira daripada netizen.

Antara komen yang menarik perhatian adalah ucapan restu akan hubungan itu dan ada juga yang mendoakan agar mereka cepat berkahwin.

Zahirah sebelum ini pernah memuat naik gambar bersama pelakon itu dan menyertakan tanda pagar sama, gabungan namanya dengan Aiman.

Selain itu, ibunya, Maslinda Yusoff juga merestui dan mendoakan hubungan Zahirah dengan Aiman.

Zahirah sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Zul Ariffin manakala Aiman pula bercinta dengan pelakon, Fatiya Latiff.

Setakat ini, usaha Harian Metro untuk mendapatkan komen mereka masih gagal.

Berita berkaitan

Doa ibu dan ayah Zahirah...

Zahirah-Aiman hangat bercinta

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Disember 2018 @ 5:34 PM