COLD Play berada di tempat kedua dalam senarai Forbes dengan AS$115.5 juta (RM480 juta).
Reuters

LOS ANGELES: Kumpulan rock Ireland, U2, menjuarai kumpulan muzik mendapat bayaran tertinggi 2018 dalam senarai Forbes, sebahagiannya diperoleh daripada konsert jelajah dunia ‘Joshua Tree’ bagi meraikan album klasik mereka yang diterbitkan pada 1987.

Konsert itu membantu kumpulan berkenaan mengutip AS$118 juta (RM490 juta) dalam pendapatan sebelum cukai bermula 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018, menurut majalah berkenaan.

Persembahan itu menyaksikan kumpulan itu menyampaikan lagu popular mereka daripada album ‘The Joshua Tree’ termasuk ‘Where the Streets Have No Name,’ ‘With or Without You’ dan ‘I Still Haven’t Found What I’m Looking For.’


U2, menjuarai kumpulan muzik mendapat bayaran tertinggi 2018 dalam senarai Forbes. FOTO/AGENSI

Pendapatan kumpulan itu termasuk hasil konsert baru, ‘Experience + Innocence.’

Sementara kumpulan muzik Britain, Coldplay, berada di tempat kedua dalam senarai Forbes dengan AS$115.5 juta (RM480 juta), kebanyakannya daripada konsert ‘A Head Full Of Dreams’

.Penyanyi Ed Sheeran, 27, di tempat ketiga dengan AS$110 (RM457 juta), diikuti dengan Bruno Mars dengan AS$100 juta (RM415 juta) dan Katy Perry yang memperoleh pendapatan AS$83 juta (RM345 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Disember 2018 @ 9:48 AM