Azhan Rani terima tawaran Nur 2. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


PELAKON, Azhan Rani mengakui mempertimbangkan semula watak Ustaz Syed Hamadi selepas menolak tawaran itu untuk sekual drama Nur 2 akan datang.

Azhan, 42 berkata dia ada sebab menolak tawaran terbabit pada mulanya kerana kurang selesa dan enggan terlalu terikat.

“terus terang, apabila pengarah, Shahrulezad Mohameddin menawarkan watak Ustaz Syed Hamadi untuk sekual drama Nur 2, memang saya tolak.

“€œIni kerana, saya kurang selesa dan tidak gemar untuk terbabit dalam drama yang mempunyai sekual.

"Bagaimanapun, saya diberitahu watak Ustaz Syed Hamadi perlu ada kerana permintaan daripada peminat drama Nur sendiri.

"Malah, pengarah turut menjelaskan watak Ustaz Syed Hamadi perlu ada untuk seiring dengan watak Aisyah lakonan Noorkhiriah,”€ katanya.

Menurut Azhan, sekiranya watak Ustaz Syed Hamadi tiada maka watak Aisyah juga tidak boleh diwujudkan.

Katanya, dia juga dihubungi oleh rakan lakonnya itu supaya menerima watak antagonis itu.

"Selepas memikirkan banyak perkara termasuk muhasabah diri, saya berasa tidak boleh bersikap terlalu pentingkan diri.

"Jadi, saya buang ego sendiri demi pasukan produksi, rakan pelakon yang lain termasuk menghargai sokongan penonton.

"Ditambah lagi, saya juga terharu kerana watak pembantu seperti Ustaz Syed Hamadi dan Aisyah cukup menjadi perhatian.

“€œSelain itu, faktor usia saya dan Noorkhiriah yang kini memasuki 40-an tak sangka juga lakonan kami sangat diminati,” katanya.

Selain Nur 2, Azhan dan Noorkhiriah juga berganding dalam drama radio Kool FM, Cinta Sup Bunjut sebanyak 30 episod.

"Untuk drama radio, Cinta Sup Bunjut ini juga kami diminta pihak stesen merakamkan 15 episod tambahan lagi.

“€œAlasannya sama kerana sambutan pendengar. Jadi, saya juga terharu dengan sambutan diberikan itu,”€ katanya.

Ditanya juga mengenai gandingannya dan Noorkhiriah yang dikata terlalu serasi menyebabkan Azhan ambil langkah berhati-hati.

Katanya dia kalau boleh tidak mahu terus diikat dengan gandingan rakan pelakon yang sama saja untuk setiap drama.

"Saya tahu memang penonton suka dan mahu gandingan kami diteruskan, tetapi sebagai pelakon ia perkara yang tidak bagus.

"Apabila terus diganding bersama, dibimbangi saya dan Noorkhiriah akan terlalu selesa dan kami leka,”€ katanya.

Menurut Azhan, selama lebih sedekad dia menceburi bidang lakonan, memang kualiti dalam lakonan menjadi keutamaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 4:21 PM