Syafil Syazwan Jefri

syafil.syazwan@ hmetro.com.my.

Karya yang baik akan sentiasa mendapat tempat di hati pendengar dan kini giliran lagu The Middle hasil kolaborasi penerbit Russia-Jerman, Zedd; penyanyi Amerika, Maren Morris dan pemuzik duo Amerika, Grey.

Di Malaysia, The Middle kerap diputarkan di radio berbahasa Inggeris dan sering mendapat permintaan pendengar.

Tidak hanya itu, ia juga menjadi antara lagu pilihan untuk dimainkan di stesen radio berbahasa Melayu.

Di luar negara, The Middle mengungguli beberapa carta muzik antaranya carta Radio Song Billboard.

Selepas 19 minggu berada dalam carta muzik dunia itu, The Middle berada di kedudukan teratas sejak minggu lalu.

Dari segi susunan muzik, The Middle yang bergenre pop berjaya mencuri perhatian terutama golongan muda.

Menariknya, bahagian nyanyian Maren Morris pernah dirakamkan beberapa penyanyi wanita lain sebelum namanya dipilih.

Mereka ialah Demi Lovato, Camila Cabello, Anne-Marie, Carly Ray Jepsen, Tove Lo, Bishop Briggs, Bebe Rexha, Lauren Jauregui, Daya, Charli XCX dan Elle King.

Bagi Zedd, dia sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk setiap karyanya.

“Kami sentiasa berharap ia jadi karya yang bagus dan istimewa.

“Namun kita tidak akan tahu kerana ada kalanya karya yang bagus gagal memancing perhatian orang ramai,” katanya.

THE MIDDLE

• ARTIS: Zedd, Maren Morris dan Grey

• PENULIS: Jordan Johnson, Anton Zaslavski, Sarah Aarons, Kyle Trewartha, Stefan Johnson, Michael Trewartha dan Marcus Lomax

• PENERBIT: Zedd, Grey & The Monsters and the Strangerz

• LABEL: Interscope

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 2:27 AM