Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


AKTRES jelita, Erra Fazira menjelaskan kunjungan penyanyi, Shahir bersama keluarga ke rumahnya pada 1 Syawal lalu hanya sekadar untuk beraya dan bukan merisik atau bertunang.

Erra berkata, mereka sekeluarga sudah saling mengenali dan tiada masalah untuk bertemu.

“Saya sudah lama kenal keluarganya dan tiada sebarang perbincangan atau majlis merisik diadakan.

“Mereka hanya datang beraya. Malah, tiada masakan istimewa pun untuk dia hanya juadah raya saja,”€ katanya sambil ketawa.

Menurut Erra, tiada sebarang perkembangan terbaru mengenai hubungannya dengan Juara Akademi Fantasia 8 itu malah mereka juga tidak mengenakan pakaian sedondon pada Aidilfitri.

“€œPakai pun tidak sedondon. Anda pasti dengan kecewa dengan jawapan saya kerana kami masih berkawan dan terimalah jawapan itu untuk masa sekarang,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 6:59 PM
Erra kata tidak perkembangan terbaru dengan Shahir. FOTO ASWADI ALIAS