URUS hal syarikat sendiri selepas buang pekerja.
HM Digital

Gimik memang perkara biasa dalam industri hiburan. Tapi, kena ingat juga nawaitu perlu ikhlas barulah tak nampak bermuka-muka.

Apapun Cik Pang terkejut juga dengan cerita yang berlaku dalam kumpulan nasyid popular UNIC.

Iyalah! Tidak lama dulu mereka bergaduh dan seorang daripada anggotanya hampir angkat kaki kerana terguris hati.

Kemudian, akhirnya mereka bermaafan dan berbaik semula. Tapi, Cik Pang tengok UNIC seperti menyepi diri sekarang.

Khabarnya, kumpulan itu sampai membuang pekerja di syarikat yang Cik Pang tak tahu apa sebab utamanya.

Melihatkan keadaan sekarang mungkin membabitkan kewangan? Takkan UNIC yang pernah muncul juara Gema Gegar Vaganza kurang dapat undangan persembahan?

Apalah nasib pekerja yang dibuang itu agaknya. Kata teman Cik Pang, pejabat kumpulan itu pun sudah lengang.

Kiranya sekarang ini hanya merekalah yang melakukan semua kerja.

Apapun, semoga UNIC terus berjaya. Cuma, manalah tahu kalau ada anggotanya yang mahu memberi penjelasan sebenar atas apa berlaku.

Cik Pang bukan apa, takut ia sekadar khabar angin yang cuba menjatuhkan kumpulan itu. Daripada diam, lebih baik beri penjelasan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mei 2018 @ 1:52 AM