HOWARD (Dua kiri) bersama barisan pelakon utama termasuk (dari kiri) Clint Howard, Joonas Suotamo, Woody Harrelson, Emilia Clarke, Thandie Newton, Alden Ehrenreich, Phoebe Waller-Bridge, Paul Bettany, Donald Glover and Jon Favreau pada tayanga perdana ‘Solo: A Star Wars Story’ di Los Angeles. FOTO Reuters
AFP

HOLLYWOOD Boulevard bermandikan cahaya dengan kehadiran bintang ternama Hollywood sempena tayangan perdana naskhah terbaharu terbitan Lucasfilm, Solo: A Star Wars Story.

Filem yang bakal ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat, 25 Mei ini berkisah penyeludup licik, Han Solo sebelum menjadi ikon penjenayah yang paling dipuja dalam siri Star Wars.

Barisan pelakon yang hadir, termasuk pelakon utama watak Han Solo, Alden Ehrenreich serta Woody Harrelson (Tobias Beckett), Emilia Clarke (Qi'Ra), Donald Glover (Lando Calrissian), Thandie Newton (Val) dan Paul Bettany (Dryden Vos).

“Saya melihatnya sebagai satu lagi pengembaraan dalam kehidupan Chewbacca,” kata Joonas Suotamo, pemain bola keranjang Finland dengan ketinggian 2.08 meter yang menggantikan Peter Mayhew bagi watak itu sejak ‘The Force Awakens’ (2015).

Turut hadir, nama besar Lucasfilm, termasuk pengarah ‘Solo’, Ron Howard; ketua studio, Kathleen Kennedy dan penulis ‘Star Wars’, Lawrence Kasdan serta komposer John Williams.

Bintang alumni Star Wars seperti Mark Hamill, Ewan McGregor, Sofia Vergara, Alexandra Daddario, Benjamin Bratt dan Johnny Knoxville turut hadir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mei 2018 @ 2:25 AM