Farah Asyikin mahu lancar jenama tudung. FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA
Amirul Haswendy Ashari
haswendy@hmetro.com.my


PENYANYI, Farah Asyikin, 38, menyimpan impian ingin menghasilkan album Inggeris bekerjasama dengan Maher Zain, selepas 10 tahun sepi dari dunia hiburan tempatan.

Bekas peserta Gema Gegar Vaganza 2018 ini berkata, album itu bakal mengandungi lagu yang lebih tenang tetapi mempunyai unsur ketuhanan serta pesanan positif, sesuai dengan penghijrahannya kini.

“Saya mendapat impian ini selepas menyampaikan lagu Insya Allah nyanyian asal Maher pada minggu terakhir saya di pentas GGV lalu.

“Pun begitu, bahan untuk album belum ada lagi sebab saya tidaklah merancang secara terperinci, saya ikut saja ke mana takdir Allah akan bawa saya,” katanya tenang kepada Harian Metro.

Farah berkeinginan bekerjasama dengan penyanyi bertaraf antarabangsa itu kerana semua lagu nyanyian ciptaannya memberi inspirasi kepada masyarakat.

Pada masa ini, dia merancang untuk melancarkan jenama tudung sendiri terlebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mei 2018 @ 6:00 PM