ZAC tertarik pada Lori.
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my

Walaupun perbezaan usia 23 tahun, Zac Efron, 30, mendedahkan dia sangat tertarik dengan pelakon veteran Lori Loughlin yang berusia 53 tahun.

Perasaan itu terbit ketika mereka bergandingan menjayakan siri TV berjudul Summerland dua tahun lalu.

Zac mengakui perasaannya itu sehingga membuatkan dia jatuh cinta terhadap pelakon yang disifatkannya sangat seksi.

Pendedahan santai itu dilakukannya dalam satu temu bual selepas pengacaranya menunjukkan video Lori sedang ditemu bual.

Dalam video berkenaan, Lori memuji Zac walaupun berlaku perubahan pada fizikalnya.

“Dia sentiasa comel di mata saya tetapi tiba-tiba bertukar menjadi seorang lelaki yang sasa,” kata Lori.

Ia sekali gus membuatkan wajah Zac bertukar merah padam serta-merta. Kemudian dia membuat pengakuan yang agak berani.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangnya. Saya rasa dia seperti seseorang daripada Sport Illustrated setiap kali melihatnya. Saya sangat sukakannya,” katanya.

LORI.

Malah, dia sempat bergurau selepas melihat sendiri video itu.

“Terima kasih Lori. Anda sangat manis. Selepas ini saya kenalah hantar mesej kepada anda,” katanya.

Antara ramai pelakon yang pernah bergandingan dengannya, hanya Lori berjaya meninggalkan kesan di hati Zac. Lori kini membintangi siri berjudul Calls the Heart dan Fuller House.

Dalam segmen kuiz suka-suka program itu, Zac yang bakal membintangi filem The Beach Bum sempat berkongsi mengenai haruman beberapa pelakon terkenal lain.

Menurutnya, Dwayne Johnson yang bergandingan dengannya dalam filem Baywatch berbau kelapa dan wang.

Namun, haruman yang digunakan Hugh Jackman menurutnya sukar untuk dihuraikan.

“Dia menggunakan haruman seperti dipakai Gandalf the Gray. Ia sesuatu yang magis dan susah untuk dihuraikan dalam perkataan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Mac 2018 @ 2:48 AM