Midnight Fusic (Dari kiri), Muaz, Arif, Adrian dan Firdaus. FOTO MUHAIMIN MARWAN
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


BAND tempatan Midnight Fusic menjadi artis pertama dari Malaysia dan Singapura dipilih dalam program Deezer Next 2018 anjuran syarikat penstriman Deezer yang berpangkalan di Paris, Perancis.

Band dianggotai Arif Kamarudin (vokal/gitar), Adrian Danial (gitar utama), Firdaus Azmi (gitar bes) dan Muaz Rabbani (dram) itu akan menyertai dua penyanyi terkenal British iaitu Jorja Smith serta Zak Abel untuk edisi tahun ini.

“€œKami sangat rendah hati menjadi sebahagian daripada kempen Deezer Next 2018 sebagai wakil dari rantau Asia. Semestinya kami lebih daripada sekadar teruja dapat terbabit dalam kempen itu.

“€œIni adalah peluang yang sangat berharga dan tidak sabar mahu berkongsi muzik kami di seluruh dunia. Kami sangat bersyukur dengan pemilihan itu dan terima kasih Deezer,”€ kata Midnight Fusic.

Band alternatif berkenaan dipilih selepas kejayaan single terbarunya berjudul Lovesick yang mendapat sambutan luar biasa sekitar Malaysia dan Singapura.

Memasuki edisi tahun kedua, Deezer Next diperkenalkan pada Januari 2017 di mana ia adalah sebuah program selama 12 bulan yang direka untuk artis baru meningkat naik.

Artis yang dipilih bakal menerima sokongan daripada segi mengembangkan profil, putaran lagu serta kempen pemasaran kreatif untuk mereka.

Semua empat anggota kumpulan itu berusia 18 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 4:05 PM