Persembahan Kugiran Masdo pada Festival GegaRia Edisi Kedua di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. FOTO ASYRAF HAMZAH
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


MESKIPUN bertembung dengan perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih konsert GegaRia Fest tetap mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 20,000 penonton hadir memeriahkan acara itu di perkarangan Angsana Johor Bahru Mall, di sini, malam tadi.

Di acara kemuncak di lokasi kedua GegaRia Fest anjuran Media Prima Berhad itu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti DeFam, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo dan Bunkface.

Paling mendapat jeritan, Kugiran Masdo nyata dinantikan warga Johor Bahru (JB) dan hal itu diakui sendiri penghibur lain yang tidak berhenti menyebut nama kumpulan itu.

Vokalisnya Ali Sariah mengakui sangat terharu dengan sambutan di luar jangkaan itu.

“€œTerima kasih buat semua yang datang dan pihak GegaRia Fest. Terima kasih untuk nyanyian yang sangat indah daripada semua.

“€œSebagai wakil daripada kumpulan indie, syukur kami pun sudah setahap artis popular yang lain. Semoga kawan seperjuangan kami yang lain akan diberikan peluang sama,”€ katanya.

Dihoskan AG dan Haiza KoolFM, GegaRia kali ini turut dimeriahkan artis popular lain termasuklah Awal Ashaari, Scha AlYahya, Nabila Razali dan Jinnyboy serta Priscilla Abby yang membuat penampilan pada sebelah siang.

Selain konsert, acara GegaRia Fest juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik di beberapa zon iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan GegaRia.

Terdahulu, GegaRia Fest diadakan di Setia Alam, Selangor sebelum bertandang ke JB. Lokasi ketiga akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Februari nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 12:20 AM