Fasha sasarkan berkahwin dalam masa dua tahun lagi. FOTO Arkib NSTP.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


SURAT terbuka yang dimuat naik pelakon Fasha Sandha, 34, di laman Instagram (IG) miliknya hari ini menimbulkan teka-teki apakah ibu tungal anak dua itu sudah bertemu bakal suaminya.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan menerusi ‘surat terbuka buat bakal suami’ berharap mana-mana lelaki yang sudah atau ingin mengisi ‘borang’ perlu membaca surat terbuka itu terlebih dahulu.

“Surat terbuka ini untuk bakal suami. Walaupun tak tahu siapa orangnya, Allah akan tentukan.

“Kepada yang sudah isi borang dan akan isi borang, boleh baca awal-awal okey,” tulisnya.

Satu daripada ‘surat’ itu menyatakan rasa keterujaan untuk berjumpa dan berharap ia pertemuan yang hebat.

Ada juga isi kandungan surat yang meminta agar lelaki terbabit tidak meninggalkan dirinya dan anak-anak.

Bagaimanapun, menerusi status sama Fasha turut meletakkan tanda pagar #janganserioussangat #jangansibuknakkecam #justforfun.

Fasha yang kini berada di Kemboja untuk penggambaran drama, sebelum ini mengatakan mahu berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.

Bagaimanapun Fasha akui belum ada calonnya lagi cuma sekadar perancangan.

Kalau sebelum ini Fasha merancang mahu berkahwin pada usia 28 tahun, dia bersyukur Allah permudahkan jalannya.

“Orang kata, ia tepat pada masa. Insya Allah kalau ada jodoh, saya pasti berkahwin juga. Jadi doakan saja yang terbaik. Ini semua kerja Allah,” katanya.

Fasha berkahwin dengan Rizal Ashram pada 2012 dan bercerai 2016. Hasil perkahwinan itu, Fasha melahirkan dua anak, Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 11:42 AM