Che Ta dan Zain sambut ulangtahun perkahwinan keempat semalam. FOTO Ehsan Rozita Che Wan.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PASANGAN bahagia, Rozita Che Wan dan Zain Saidin memilih Dubai, Abu Dhabi sebagai lokasi percutian sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka.

Rozita atau Che Ta berkata, sempena ulang tahun perkahwinan ini tidak ada hadiah istimewa melainkan percutian bersama suami.

“Sama seperti tahun sebelumnya, kami pergi bercuti. Cuma kali ini masa tak panjang kerana saya masih terikat dengan penggambaran program Cuit Cuit Che Ta.

“Kalau ikutkan, Zain tidak suka sangat bercuti tapi disebabkan ulangtahun perkahwinan, ada alasan untuk kami ke luar negara,” katanya kepada Harian Metro.

Che Ta juga menerima hadiah beg tangan jenawa mewah dari suami.

Katanya, dia tidak suka kejutan dan beritahu lebih awal hadiah yang diinginkan.

“Setiap tahun saya memang cakap tak nak hadiah lain kecuali beg tangan. Jadi, tahun ini pun dapat beg juga,” katanya.

Mengenai anak, Che Ta berkata dia dan suami tidak ada perancangan ke arah itu.

“Tidak ada sebarang perancangan menambah anak. Bagi saya cukup dengan tiga orang,” katanya.

Che Ta dan Zain berkahwin 11 Disember 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun. Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 1:28 PM