Vida nafi berselisih faham dengan KRU Music. FOTO NURUL SHAFINA JEMENON
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


USAHAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman, 45, atau Datuk Seri Vida menafikan dia berselisih faham dengan KRU Music mengenai hak cipta lagu nyanyiannya, I Am Me.

Vida ketika dihubungi berkata, perkara itu hanyalah khabar angin dan dia tidak mahu aura positif lagu itu hilang disebabkan perkara berkenaan.

"Tiada perselisihan antara saya dengan KRU Music. Kalau boleh, jangan calarkan nilai positif yang ingin saya sebarkan menerusi lagu itu,€ katanya.

Dakwaan itu kononnya Vida tidak berpuas hati apabila KRU Music memperoleh hak cipta lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu sedangkan dia yang memberikan idea dan mengeluarkan kos.

Dalam pada itu, Vida kini dalam proses perbincangan untuk menghasilkan muzik video terbaru lagu itu.

€œSebelum ini, kami keluarkan video lirik dan menjadi tular. Jadi, menjelang 4 dan 5 September ini, saya akan memulakan penggambaran muzik video I Am Me dan ia akan diarahkan Ghaz Abu Bakar.

€œSaya sedang mencari beberapa elemen menarik yang bakal mencuri perhatian peminat. Apa yang boleh saya janjikan, ia akan tampilkan sesuatu yang berbeza berbanding muzik video lagu-lagu lain yang pernah ada,€ katanya.

Selain menampilkannya sebagai penyanyi, muzik video itu juga akan mengetengahkan anak perempuannya iaitu Cik B.

Sebelum ini, video lirik yang dimuat naik di YouTube sejak 17 Julai lalu sudah mencecah lebih 7 juta tontonan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2017 @ 10:24 PM