HO (tengah) bersama-sama tetamu khas.
Noriza Sainal
am@hmetro.com.my

Kesibukan harian tidak menjadi penghalang masyarakat hari ini yang hidup dalam era kepesatan Internet untuk membeli-belah di mana atau pada bila-bila masa sahaja dengan mudah dan pantas.

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee kini melancarkan Shopee 11.11 Big Sale, pesta beli-belah dalam talian yang mengujakan pelanggannya.

Ia dianjurkan berikutan kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day pada September lalu dan kali ini pelanggan bakal menikmati promosi lebih besar dan menarik secara berterusan dari 25 Oktober hingga 11 November, termasuk tawaran tanpa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada jenama terkemuka.

Menggunakan angka 11.11 sempena tarikh kemuncak jualan, Shopee menganjurkan semula Hari Gedung Shopee, Hari Wanita, Hari Lelaki, Hari Baucar dan Jualan Kilat Shocking Sale serta menawarkan syiling Shopee bernilai RM1.1 juta yang boleh dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake yang mendapat sambutan hebat.

Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho yang melancarkan Shopee 11.11 Big Sale berkata, kepelbagaian promosi tiada tandingan dan ciri-ciri menarik dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna serta menekankan komitmen berterusan Shopee untuk membawa pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada pengguna di rantau ini.

“Shopee sedia menerajui usaha ini, dengan menganjurkan acara 11.11 buat kali ketiga, ia bakal menjadi acara terbesar yang pernah kami anjurkan, malah pengguna di seluruh rantau, termasuk Malaysia, kini menganggap Singles Day (Hari Bujang) sebagai tarikh penting dalam kalendar beli-belah hujung tahun mereka”.

“Kami berbangga untuk berdiri teguh bersama 50 jenama tempatan terkenal untuk mengecualikan SST bagi Shopee 11.11 Big Sale, selain bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga, rakan jenama serta penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran untuk membawakan tawaran beli-belah,” katanya.

Selain dapat menambah penjimatan apabila membeli barangan kegemaran pada Hari Bujang, platform e-dagang ini turut menawarkan kempen harian selama tiga minggu yang terdiri dari semua kategori produk, permainan baru dan ciri-ciri yang dinaik taraf.

Istimewanya, jenama seperti Watsons, Mr DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan banyak lagi akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11, barangan pada harga serendah RM1.10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale.

Shopee turut mengukuhkan kerjasama dengan selebriti dan jenama terkenal Malaysia yang membawa produk secara terus kepada pelanggan. Malah Shopee turut bekerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang membawakan acara Malam Pertunjukan Fesyen, Shopee 11.11 KLFW Runway Night membabitkan jenama seperti Tarik Jeans, Poplook, JTNC oleh Justin Chew, dan MIKASERIES oleh Zoey Rahman yang menyertai Shopee 11.11 Big Sale buat pertama kalinya.

Di samping itu, pengguna boleh menantikan pilihan tawaran eksklusif selanjutnya daripada Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad) yang sangat popular semasa Shopee 11.11 Big Sale, mengetengahkan jenama daripada bintang terkenal seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish and Izara Aishah.

Shopee turut menjalin kerjasama eksklusif dengan peserta utama daripada pelbagai industri seperti Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka, FPX dan Standard Chartered sempena festival beli-belah hujung tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 November 2018 @ 10:24 AM