KOLEKSI model enam watak adiwira Avengers:Infinity War.
Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my

PETRON Corporation (Petron) melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya syarikat minyak dan gas di Malaysia bekerjasama dengan filem terbesar Marvel, Avengers: Infinity War.

Untuk itu, Petron memberi peluang kepada peminat Marvel membeli premium Marvel secara eksklusif di stesen minyak mereka sempena tayangan filem berkenaan di negara ini.

Setiap pelanggan yang mengisi petrol RM50 di Petron, mereka layak menebus atau membeli Marvel Studios Avengers:Infinity War dengan mata ganjaran Petron Miles.

Promosi bermula pada 5 April hingga 31 Mei ini, membabitkan premium jenis beg (1 reka bentuk, pengecas mudah alih (power bank - tiga reka bentuk), tikar anti licin (tiga reka bentuk) dan model watak adiwira (enam watak).

Menerusi promosi ini, peminat komik dan filem adiwira Marvel pasti akan menyerbu stesen minyak Petron yang berhampiran untuk mendapatkan koleksi istimewa patung Avengers: Infinity War.

Antara watak adiwira yang ditawarkan dengan fungsinya ialah:

- Black Widow (Hab USB)

- Doctor Strange (Papan mesej elektronik)

- Thor (Pengecas-pelbagai)

- Hulk (Pemegang pad memo)

- Iron Man (Lampu)

- Captain America (Penggera mudah alih)

Untuk watak adiwira, hanya dua model yang akan dikeluarkan setiap dua minggu.

Di stesen minyak Petron terpilih, pelanggan juga boleh menebus baucer filem Avengers:Infinity War pada 1200 mata ganjaran Petron Miles.

Sila layari facebook Petron Malaysia : https://www.facebook.com/PetronMalaysia/ untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 6:20 PM